Tuesday, October 8, 2013

Syukur ya Allah

Bismillahirrahmanirrahim...

Maha suci Allah yang mencipta langit dan bumi dan menjadikn manusia sebaik-baik ciptaannya..

Pernah tak semua terfikir apa akan terjadi kalau kita tak jadi diri kita skrg,yang kita xpernah wujud xpernah kenal dunia ni pon..

Allah dah pilih kita untuk jd khalifah,hamba untuk mnyembah dia kt bumi ni ..dengan sangat teliti dan halusnya Allah mencipta kita hasilnya jadi la kita yang skrg ni..kulit halus mulus muka yg cantik serba serbi lengkap rambut yang lembut kaki tangan yang kuat badan yang sihat..Alhamdulillah..

Tapi adakah kita bersyukur?? Ckup ke sekadar ucap Alhamdulillah?...hnya kt mulut je tp kt hati x terbekas pon dgn ucapan tu...

Emm..memang banyak lagi yang kita kena renungkan sebab kita ni bkn la sempurna sangat..perbaiki diri brusaha utk jadi yang lebih baik n setiap hari brusaha mendekatkan diri dgn Allah..

InsyaAllah...Aamiinn..
~Sollu ' alannabiy~

Monday, April 2, 2012

sabar itu emas

saat ini ramai yang seangkatan dengan aku masing2 dah sibuk kerja,ada yang sambung belajar...rata2 diorang dah beli kereta,dah merantau jauh,ada jugak yang dah brtunang dan kahwin...

bila difikir2 n direnung2 balik msa lampau memang aku tak prcaya..tak prcaya yang aku sekarang dah masuk ke alam dewasa,alam yang penuh dengan cabaran...kalau aku tak kuat memang aku dah lama hanyut,,hanyut dengan tipu daya dunia,...bila dengar cerita kawan2 lain yang dah brjaya...ad jugak terdetik dalam hati aku ni perasaan cemburu..Astaghfirullahalazim..mntak dijauhkan perasaan ni..jgn smpai melarat-larat...kadang-kadang syaitan slalu bisikkn macam2 rasa dlm hati ni,..

rasa cemburu,putus asa,putus harapan,malas...mana taknye lepas habis je belajar  aku dah banyak kali pergi interview tapi tak penah bjaya..stiap kali intrview diorg akn cakap dlm bbrapa mggu diorg akn call klo aku bjaya..tapi smpai skrg senyap,xde pape...bkn skali dua intrview tp byk kli..ble aku tgok diorg yg lain senang2 je dpt kje aku pelik,,kenapa la aku ni ssh sgt nk dpt kje...Astaghfirullahalazim......Allah memang maha adil dan maha mengetahui,,baru aku sedar yang betapa jahilnya aku dengan rahmat Allah..aku tak sedar pun yang segala perkara dah ditentukan Allah...segala keperluan dan ketentuan hidup kita Allah dah aturkan sebaik-baiknya ..tugas kita hanya berusaha dan berdoa.

selama ni aku macam tak redha je dgn ketentuan Allah..mengeluh sana merungut sini,..bila aku renung2kn balik bru aku sedar yang Allah mmg belum bg rezeki aku utk kje lg sebab Allah nk aku brbakti dlu pd keluarga..bila aku tak kje aku dapat jga nenek,bwk nenek g hospital,,tlong jga ank2 buah sbb pengasuh diorg brhenti mngejut,aku dapat masak ,jga rumah,kucing..banyak lagi kje2 yg aku buat...aku pasti yang ni semua dh ditentukan Allah utk aku...semuanya akn jd lg kelam kabut kalau aku takde tlong...tapi dlm msa sme aku still lg pergi intrview at least aku brusaha cari kje...yang aku mampu buat skrg brusaha n tawakkal dsamping mmberikan khidmat yg trbaik pd sape2 je yg prlukn prtolongan aku...aku percaya bila tba masanya aku akn dpt jgk kje n aku jgk percaya yang Allah dah aturkan yang terbaik utk aku ..aku juz kne sabar je...insyaAllah...

Monday, January 16, 2012

insafi diri...



lps tgok video ni terusik jiwa dan hati...
terasa diri ni xpnh brsyukur dgn ape yg ada..
kte slalu trlupa yg ad org yg lg malang dari kte...
Ya Allah hinanya diri ni,,aku slalu merungut ini xckup itu xbtul..
ape nk jd ngn aku ni Ya Allah...
bantula aku utk lebih mghargai kehidupan ni dgn ikhlas...keranaMu..

Thursday, November 3, 2011

MESEJ TERAKHIR

INI MESEJ YANG DARIPADA HAMBA ALLAH YANG BOLEH DI AMBIL IKTIBAR

 


Seorang pesakit kanser pankreas yang meninggal pada tahun 2008 telah menulis sebuah buku yang bertajuk “The Last Lecture” di mana buku ni adalah antara bestsellers pada tahun 2007. 

 


Salah satu legasi yang hebat yang ditinggalkan. 

 


Dalam surat beliau kepada isteri nya dan anak-anaknya , beliau telah menulis ‘Guide to A Better Life’ untuk menjadi panduan kepada mereka. 

 


Diubahsuai dari bahasa inggeris dan dikongsikan melalui forwarded email. 
 
Bagaimana Untuk Memperbaiki Kehidupan Kita 

 
Personaliti 

 

1.     Jangan membandingkan kehidupan anda dengan orang lain.   Anda tak tahu bagaimana perjalanan hidup mereka yang sebenarnya. 


2.   Jangan ada perasaan negatif   pada perkara-perkara yang tidak dapat anda kawal. Tanamkan semangat positif di dalam kehidupan anda hari ini.


3. Jangan berlebihan, tetapkan had.


4. Jangan terlalu serius, tiada siapa yang serius.


5. Jangan bazirkan tenaga dengan ber’gossip’ .


6. Bermimpilah ketika anda berjaga.


7. Mengagumi cuma membuang masa. Anda sudah ada apa yang anda perlukan.


8.   Lupakan kisah yang lama.   Jangan ingatkan pasangan anda tentang kesilapan beliau di mas a lampau. Ia cuma akan merosakkan kebahagiaan anda sekarang.


9.   Hidup terlalu pendek untuk membuang mas a membenci sesiapa. Jadi jangan membenci sesiapa.


10. Berdamailah dengan mas a lalu supaya ia tidak merosakkan hari ini.


11.   Tiada siapa yang dapat mengawal kebahagiaan anda kecuali anda sendiri .


12. Sedarlah bahawa kehidupan ini adalah umpama sekolah dan anda berada di sini untuk belajar. Masalah yang muncul seumpama ko kurikulum dan akan menghilang seperti kelas alge bra tetapi akan menjadi pembelajaran yang anda akan ingat sepanjang hayat .


13. Lebihkan senyum dan ketawa.


14.   Anda tidak perlu menang dalam pertelingkahan. Setuju untuk bersetuju.


 
Komuniti 

 


15. Kerap menelefon ahli keluarga.


16. Setiap hari berikan sesuatu yang terbaik untuk orang lain.


17.   Maafkan semua orang untuk segala galanya.


18. Luangkan lebih banyak mas a dengan seseorang yang berusia 70 tahun ke atas dan bawah 6 tahun.


19. Cuba buatkan sekurang kurangnya 3 orang tersenyum setiap hari .


20.   Apa yang orang lain fikir tentang anda bukan mas alah anda.


21. Pekerjaan anda tidak akan menjaga anda apabila anda sakit. Tapi keluarga dan kawan-kawan yang akan menjaga anda. Jadi sentiasa berhubung dengan mereka. 
 



 

Kehidupan 

 


22.   Letakkan Allah dalam apa jua yang anda fikir, cakap dan akan lakukan.


23.   Allah akan mengubati segala galanya.


24. Buat perkara yang betul .


25.   Bagaimana buruk atau baiknya sesuatu situasi itu, ia pasti akan berubah.


26. Walau bagaimana anda rasa, anda mas ih perlu bangun, siapkan diri dan bersedia.


27. Yang terbaik mas ih belum tiba, tetapi akan tiba.


28.   Hapuskan perkara-perkara yang tidak berguna, tidak cantik dan tidak menggembirakan.


29.   Bila anda terjaga di pagi hari, berterima kasihlah kepada Allah.


30.   Kalau anda dekat dengan Allah, anda akan sentiasa gembira. Jadi, gembiralah. 
 
Sambil sambil anda mempraktikkan semua perkara di atas, kongsikan pengetahuan ini dengan orang-orang yang anda sayang, orang-orang yang anda pernah bersekolah bersama, orang-orang yang anda luangkan mas a bersama, orang-orang yang anda bekerja bersama dan orang-orang yang tinggal bersama anda. 
Ianya bukan sahaja dapat memperbaiki kehidupan anda, juga orang-orang di sekeliling anda. 
 
 
P/S : artikel ini adalah peringatan untuk diri aku sendiri dan aku kongsikan supaya dapat manfaat bersama untuk kita semua, mudah-mudahan 

Yang BAIK itu oleh diserap...
Yang LEMAH itu elok dibuang...



Tuesday, September 21, 2010

hidup

saat hati kelam...
terdetik dalam benak jiwa 
apa tujuan hidup ini....
adakah hanya mengikut rutin...
adakah perlu aku berlumba bersama2 manusia
menuntut dunia...
atau adakah aku perlu berjalan seiring waktu dan takdir
mencari hala tuju yang sempurna...


adakah aku sekuat itu menempuh 
jalan yang bersimpang siur...
sesungguhnya aku lemah Ya Allah....
aku lemah sendiri di jalan berbisa ini...
dimana pendorongku..?
dimana semangatku...?
dimana azimatku...?


aku merenung ke langitmu
ku nampak awan
aku merenung bumimu
ku nampak tanah
terlintas di fikiran betapa kerdilnya aku
di antara awan dan tanah...


harapan menggunung
akan ku temui jalan yang hakiki
jalan yang menjamin ketenangan 
jalan yang menjamin kebahagiaan
walau aku sendiri...

Saturday, August 21, 2010

9 sebab hati tak bahagia

9  Sebab Hati Tidak Bahagia 


1-    Pemarah
Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang.
  

Wednesday, August 11, 2010

rama2

       kita semua ad hati, perasaan, masalah, suka, duka, perit, manis....kadang-kadang  kita rasa macam masalah kita ni terlalu besar n tak leh nk selesaikan lagi...kadang-kadang